Tuesday 21 June 2011

sakit kerana fesyen>>rambut gugur setelah diluruskan.

assalammualaikum.......
                            hi...da lme izzah tak update blog..sebab ape?sebab tinggal berape bulan je nak exam SPM...wooooo...spm tu..haha...tu yang tak boleh update blog sangat......jom baca!
   hah!berbalik pada tajuk kita petang ni..
<rambut gugur setelah diluruskan>
    kecenderungan meluruskan rambut atau dikenali juga sebagai hair rebonding di kalangan wanita hari ini boleh menyebabkan keguguran rambut.Walaupun ia menjadikan rambut lurus dan berkilat,sama seperti gadis dalam iklan,ia juga boleh menjadikan anda botak.!
  Di Singapura,seorang gadis yang berusia 14 tahun mengalami keguguran rambut yang teruk setahun selepas proses itu.Rambutnyamula pecah mula dua bulan selepas diluruskan.
 Hair rebonding melibatkan proses di mana ikatan bahan kimia dalam rambut dipecahkan,disusun semula dan diikat kembali buat selamanya menggunakan bahan kimia yang sungguh kuat.
   Ketika rebonding,losen pengerinting digunakan untuk melembutkan rambut dan memecahkan ikatannya.Selepas dicuci,rambut diletakkan antara dua plat logam atas alat pembentuk elektrik yang menggunakan kepanasan untuk menarik rambut dan menjadi lurus.Bahan peneutral kemudian dikenakan untuk memulakan reset ikatan itu dan menstabilkan rambut.
   Rambut diubah secara terbalik selepas proses pengerintingan.Shaft rambut yang dirawat dengan bahan kimia menjadi lemah dan mudah rapuh.Inilah punca keguguran rambut.
   Rambut menjadi rapuh dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati selepas rawatan.Refleks semula jadi,seperti mengikat rambut dalam tempoh sebulan selepas rawatan boleh memudaratkan anda.
   Proses itu juga mampu merosakkan dan membakar kulit dan kulit kepala.Misalnya rambut boleh rosak jika beberapa bahan kimia tertinggal pada rambut terlalu lama atau jika mensterika rambut dibuat pada suhu lebih tinggi daripada 180 celcius.
   Kaedah biasa menggunakan losen pelurus rambut(seperti relaxer,krim pelurus dan gel pelurus sementara),mengakibatkan rambut cenderung menjadi kering,mudah rapuh dan terbelah dihujung.
   Rebonding menjadikan rambut lebih lembut tetapi berisiko tinggi kerana menggunakan lebih banyak bahan kimia beracun seperti natrium hidroksida dan guanidine hidroksida.
   Natrium hidroksida merupakan bahan kimia kaustik yang boleh membakar kulit,memecahkan atau merosakkan rambut.Lebih kuat sesuatu larutan itu,lebih berpotensi keburukan yang bakal berlaku pada rambut.
    Guinidine hidroksida kurang merosakkan berbanding natrium natrium hidroksida,namun ia masih merosakkan rambut dan mengurangkan lemak pada kulit kepala.
    Rawatan itu boleh menelan belanja sehingga RM 500 tetapi hanya bertahan antara 4-6 bulan sahaja.
    Mengekalkan keadaanrambut yang lurus bermakna anda perlu Touch Up berterusan,sekurang-kurannya setiap enam bulan.Anda lebih berisiko mengalami keguguran rambut,yang akhirnya anda botak dalam usia yang muda.

p/s:daripada ada duit nak fesyen,baik buat amal jariah duit tu...tak lah merosakkan badan...dah cantik2,takpasal2 jadi buruk.

0 contengan:

Template by:

Free Blog Templates