Thursday 23 June 2011

PISANG:>buah tempatan yang berkhasiat

Assalammualaikum...

            Hi readers!!malam jumaat ni da bace yassin belum??afdol bce mlm jumaat ni kan..:)hari ni kita kongsi pasal kesihatan..
             kesihatan kita berpunca dari apa yang kita makan..betul tak?ya!betul3..sebab perut kita akan hadam makanan yang kita makan dan jadi darah daging kita....semua zat2 naik ke otak dan seluruh badan kita..

berbalik pada tajok kita..
  MENGENAI BUAH PISANG.
     Sesetengah saintis percaya pisang boleh menyembuhkan ulser usus.Menurut Dr David Lewis dari Jabatan Farmasi.Universiti Aston,Britain,pisang mengandungi ramuan aktif yang didakwa selamat,lembut dan lebih berkesan berbanding kebanyakan ubat.
     Tetapi Dr Lewis berkata sebaiknya makanllah pisang muda dan mentah kerana memasak hanya menghilangkan ciri-ciri penyambuhannya.
     Pisang adalah sumber Vitamin A yang baik.Pisang emas misalnya mengandungi 70 microgram(mcg) vitamin bagi setiap 100g.Kebanyakan jenis biasa memberikan kira-kira 50 mcg bagi berat yang sama.

Ciri2 penyembuhannya
   pisang seberat 100g mengandungi kira-kira 17 mg Vitamin c,iaitu hampir satu pertiga daripada keperluan harian kita.
   Vitamin A baik untuk mata,pertumbuhan tulang dan ketahanan terhadap jangkiyan,sementara Vitamin C pula baik untuk penyembuhan luka.Kekurangan Vitamin C boleh mengakibatkan skurvi,di mana tanda-tandanya termasuklahsakit mulut,gusi berdarahdan gigi longgar.
   Pisang juga kaya dengan natrium dan kalium,galian penting untuk penyelarasan aktiviti otot yang sempurna.Ia juga mengandungi sejumlah galian seperti kalsium dan fosforus yang penting untuk pertumbuhan tulangdan gigi yang sihat.
   Selain itu,pisang juga mengandungi zat besi,karbohidrat,protein dan serat yang penting untuk mencegah sembelit.Kandungan lembapannya juga tinggi iaitu 73%.
    Oleh itu,pisang adalah buah yang amat berkhasiat kerana mengandungi hampir semua zat makanan asas yang diperlukan oleh tubuh.
    Terdapat banyak jenis pisang yang anda boleh pilih.Jenis yang terkenal ialah pisang emas,pisang rastali dan pisang embun.Walaupun berbeza dari segi saiz,bentuk dan rasa,namun zat pemakanannya adalah sama.
    Jika anda mempunyai laman,cubalah taman pokok pisang.Pokok ini tumbuh subur dalam keadaan cuaca kita yang panas dan lembap.
     Jika anda menanam pokok pisang,anda bukan hanya mendapat manfaat daripada buahnya tetapi juga daunya.Daun pisang juga digunakan oleh sesetengah orang terutama orang india,untuk membungkus atau menghidangkan makanan.
   Dalam upacara perkhawinan orang India pula,pokok pisangdiletakkan dibahagian depan rumah.Pokok ini menggambarkan kesuburan.
   Pisang juga tidak digalakkan kepada pesakit kencing manis kerana pisang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

0 contengan:

Template by:

Free Blog Templates