Thursday 23 June 2011

PISANG:>buah tempatan yang berkhasiat

Assalammualaikum...

            Hi readers!!malam jumaat ni da bace yassin belum??afdol bce mlm jumaat ni kan..:)hari ni kita kongsi pasal kesihatan..
             kesihatan kita berpunca dari apa yang kita makan..betul tak?ya!betul3..sebab perut kita akan hadam makanan yang kita makan dan jadi darah daging kita....semua zat2 naik ke otak dan seluruh badan kita..

berbalik pada tajok kita..
  MENGENAI BUAH PISANG.
     Sesetengah saintis percaya pisang boleh menyembuhkan ulser usus.Menurut Dr David Lewis dari Jabatan Farmasi.Universiti Aston,Britain,pisang mengandungi ramuan aktif yang didakwa selamat,lembut dan lebih berkesan berbanding kebanyakan ubat.
     Tetapi Dr Lewis berkata sebaiknya makanllah pisang muda dan mentah kerana memasak hanya menghilangkan ciri-ciri penyambuhannya.
     Pisang adalah sumber Vitamin A yang baik.Pisang emas misalnya mengandungi 70 microgram(mcg) vitamin bagi setiap 100g.Kebanyakan jenis biasa memberikan kira-kira 50 mcg bagi berat yang sama.

Ciri2 penyembuhannya
   pisang seberat 100g mengandungi kira-kira 17 mg Vitamin c,iaitu hampir satu pertiga daripada keperluan harian kita.
   Vitamin A baik untuk mata,pertumbuhan tulang dan ketahanan terhadap jangkiyan,sementara Vitamin C pula baik untuk penyembuhan luka.Kekurangan Vitamin C boleh mengakibatkan skurvi,di mana tanda-tandanya termasuklahsakit mulut,gusi berdarahdan gigi longgar.
   Pisang juga kaya dengan natrium dan kalium,galian penting untuk penyelarasan aktiviti otot yang sempurna.Ia juga mengandungi sejumlah galian seperti kalsium dan fosforus yang penting untuk pertumbuhan tulangdan gigi yang sihat.
   Selain itu,pisang juga mengandungi zat besi,karbohidrat,protein dan serat yang penting untuk mencegah sembelit.Kandungan lembapannya juga tinggi iaitu 73%.
    Oleh itu,pisang adalah buah yang amat berkhasiat kerana mengandungi hampir semua zat makanan asas yang diperlukan oleh tubuh.
    Terdapat banyak jenis pisang yang anda boleh pilih.Jenis yang terkenal ialah pisang emas,pisang rastali dan pisang embun.Walaupun berbeza dari segi saiz,bentuk dan rasa,namun zat pemakanannya adalah sama.
    Jika anda mempunyai laman,cubalah taman pokok pisang.Pokok ini tumbuh subur dalam keadaan cuaca kita yang panas dan lembap.
     Jika anda menanam pokok pisang,anda bukan hanya mendapat manfaat daripada buahnya tetapi juga daunya.Daun pisang juga digunakan oleh sesetengah orang terutama orang india,untuk membungkus atau menghidangkan makanan.
   Dalam upacara perkhawinan orang India pula,pokok pisangdiletakkan dibahagian depan rumah.Pokok ini menggambarkan kesuburan.
   Pisang juga tidak digalakkan kepada pesakit kencing manis kerana pisang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Tuesday 21 June 2011

sakit kerana fesyen>>rambut gugur setelah diluruskan.

assalammualaikum.......
                            hi...da lme izzah tak update blog..sebab ape?sebab tinggal berape bulan je nak exam SPM...wooooo...spm tu..haha...tu yang tak boleh update blog sangat......jom baca!
   hah!berbalik pada tajuk kita petang ni..
<rambut gugur setelah diluruskan>
    kecenderungan meluruskan rambut atau dikenali juga sebagai hair rebonding di kalangan wanita hari ini boleh menyebabkan keguguran rambut.Walaupun ia menjadikan rambut lurus dan berkilat,sama seperti gadis dalam iklan,ia juga boleh menjadikan anda botak.!
  Di Singapura,seorang gadis yang berusia 14 tahun mengalami keguguran rambut yang teruk setahun selepas proses itu.Rambutnyamula pecah mula dua bulan selepas diluruskan.
 Hair rebonding melibatkan proses di mana ikatan bahan kimia dalam rambut dipecahkan,disusun semula dan diikat kembali buat selamanya menggunakan bahan kimia yang sungguh kuat.
   Ketika rebonding,losen pengerinting digunakan untuk melembutkan rambut dan memecahkan ikatannya.Selepas dicuci,rambut diletakkan antara dua plat logam atas alat pembentuk elektrik yang menggunakan kepanasan untuk menarik rambut dan menjadi lurus.Bahan peneutral kemudian dikenakan untuk memulakan reset ikatan itu dan menstabilkan rambut.
   Rambut diubah secara terbalik selepas proses pengerintingan.Shaft rambut yang dirawat dengan bahan kimia menjadi lemah dan mudah rapuh.Inilah punca keguguran rambut.
   Rambut menjadi rapuh dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati selepas rawatan.Refleks semula jadi,seperti mengikat rambut dalam tempoh sebulan selepas rawatan boleh memudaratkan anda.
   Proses itu juga mampu merosakkan dan membakar kulit dan kulit kepala.Misalnya rambut boleh rosak jika beberapa bahan kimia tertinggal pada rambut terlalu lama atau jika mensterika rambut dibuat pada suhu lebih tinggi daripada 180 celcius.
   Kaedah biasa menggunakan losen pelurus rambut(seperti relaxer,krim pelurus dan gel pelurus sementara),mengakibatkan rambut cenderung menjadi kering,mudah rapuh dan terbelah dihujung.
   Rebonding menjadikan rambut lebih lembut tetapi berisiko tinggi kerana menggunakan lebih banyak bahan kimia beracun seperti natrium hidroksida dan guanidine hidroksida.
   Natrium hidroksida merupakan bahan kimia kaustik yang boleh membakar kulit,memecahkan atau merosakkan rambut.Lebih kuat sesuatu larutan itu,lebih berpotensi keburukan yang bakal berlaku pada rambut.
    Guinidine hidroksida kurang merosakkan berbanding natrium natrium hidroksida,namun ia masih merosakkan rambut dan mengurangkan lemak pada kulit kepala.
    Rawatan itu boleh menelan belanja sehingga RM 500 tetapi hanya bertahan antara 4-6 bulan sahaja.
    Mengekalkan keadaanrambut yang lurus bermakna anda perlu Touch Up berterusan,sekurang-kurannya setiap enam bulan.Anda lebih berisiko mengalami keguguran rambut,yang akhirnya anda botak dalam usia yang muda.

p/s:daripada ada duit nak fesyen,baik buat amal jariah duit tu...tak lah merosakkan badan...dah cantik2,takpasal2 jadi buruk.

Sunday 12 June 2011

MaLaM:pAgI:update

assalammualaikum...

elo u oll!!selamat pagi...hahha...pe la update blog kol 3 pgy....kalau blog ni pandai cakap mesti dye marahkan?
kehekeh...;)
tadi da tido...so,sekarang matenye xnak tutup plak....mungkin,blog niwh akan deactive untuk sementare...kerana aku akan sedia untuk fokus pada pelajaran aku,setelah cuti 2 minggu berakhir.....
aq update:


  • cuti 2 minggu:>kadang-kadang<                                                                                                                                       
  • masa persekolahan>jarang-jarang @ langsung x<
ye larhkan...aku kena belajar betol2...
doakan kejayaan aku ye...
tadi da penat study so,...kepala pown da ting tong....esok  tak boleh bangun lambat sebab aku kene amik nota...lagi beberapa jam sahaja cuti pertengahan akan berlalu...
ia berlalu seperti angin,dan datang juga seperti angin kuskus...eyh..tak de la...kalau nak cuti,mesti ar ribut...sebab ape?sebab semua teruja nak cuti....lagi2 yang duduk hostel...betol x??

so,ini hanyalah untuk makluman...dan ubat untuk menghilangkan rindu pada blog ku...aku harap semua dapat jage diri korang beak-baek...

tok student U yang cuti sem..selamat bercuti ye....:)

p/s;maaf untuk penggunaan 'aku' di blog ni...


                                         setiap orang yang bergelar manusia ada banyak hak..
                                                            salah satunya ialah hak untuk suka atau tidak...
                                                                  tiada paksaan dan ugutan....

                                                      :)just SMILE!!:)

Friday 10 June 2011

petua menghilangkan jerawat..

assalammualaikum...

      hello...urmh...cuaca kt sni da nak ujan...kt rumah pown sume lari pergi jalan2 pusing kampung...so,kejap lagy kene la out...sambung title kite ary ni...
"jerawat"hah...bende alah nilah yang menyebabkan semua orang tension...tak kesah la laki ke perempuan...aku??macam biasa lah...picit2..kuar!aq ni budak yang banyak sangat jerawat kat dahi...kenape yerk?kate orang kalau jerawat dekat dahi,dia banyak berfikir...(ceyh2..pk pasal study)heheh...kate orang juge,kalau dekat area2 bwh dahi tu,sebab hormon...ntah lah...aku belum selidik lagy..

      so,petang yang mendung ni,aku akan kongsi satu petua...
        "PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT"


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
hahha...amik ko...banyak sekali....t kalau ada masa cube la ye...tak payah gune pencuci muke kejadah tu...london skin care pown mahal kan...duet tupown boleh beli ape2..kan3? so,tradisional kan ade...terbaek dari ladang...xsalahkan kita jimat...:)..kita sama2 membasmi jerawat...okey...sampai sini saje...selamat mencuba!
sekadar perkongsian :)

Aku memberanikan diri demi mencari sedikit ilmu pengetahuan dan pengalaman.

assalammualaikum...

                                    
               Di tengahari jumaat ni aq seram sejuk..sebab ape?hari ni lah aku follow blog satu hamba allah ni...
tah lah..aku tertarik dengan blognye..bukan orang nye k...sebab ape?sebab dye bdk art...maybe la..aku ni suke gler ngan design2..(ceyh..)..tpi nak kembangkan tu susah...kalau nak kembang kan ilmu tu kene lah pergi selidik mne2 atau pergi berguru btol x?hihhi

dah 3 bulan aq menceburi dunia berblog ni...tp..2 orang je y follow...huhu...kesian kan..ary ni aq add link diari sahabat blogger...meriah kan?meriah ar..first time aq berkenalan dengan blogger..bukan nak cari populariti tp nk tgk mcmmner diorang update blog diorang...and amik sedikit ilmu....xsalahkan?..setelah 3 bulan aq berblog..akhirnye aq memberanikan diri untuk keluar mencari ilmu..(ilmu blog):)

p/s:sejuta penghargaan dan terima kasih tok orang yang sudi nak support aq dlm dunia blog ni..

Tuesday 7 June 2011

bila waktu...


hayati lagu ini....
xsemua harta yang kita miliki akan menjadi milik kita selame-lamanya...
kerna semua itu adalah milik allah yang maha agung...
kata mak aq ada 3 perkara yang kite buat kat dunia ni di kira kite mase kat akhirat...
1)amalan kite
2)sedekah jariah
3)kebaikan...

tu je la....mungkin ada lgy...semogs kita sama2 berkongsi........

Sunday 5 June 2011

vitamin oh vitamin

assalammualaikum....

                                      selamat pagi sume...boringnyer la ary ni....tp lw rse cam xup date blog kesayangan aq ni..cam xbest....da nak ujan la...so,cpt2 la up date...sebelom internet aq dimatikan...ary ni tentang"vitamin"korang tw x vitamin tu ape?

VITAMIN TU APE??
vitamin adalah sejenis bahan organik yang diperlukan oleh badan kita...dalam jumlah yang kecil.Vitamin membantu kita dalam mengawal kesihatan,mencegah kita daripada jangkitan penyakitdan membantu pertumbuhan badan kita..Bagi menjalani kehidupan sihat,kita sangat perlukan vitamin.

JENIS2 VITAMIN.

-vitamin A
-vitamin B
-Vitamin C
-vitamin D
-vitamin E
-vitamin K

                                                                                                                                     ~bersambung~

Friday 3 June 2011

pEreMpuAn BeRtUdUnG pErSEnDaKan ZiKir..



Assalammualaikum...

       aq harap sume dalam keadaan yang bek2 okeyh...kenape ttbe aq up date blog magrib2?haha...sebab aq terbace satu entry blog ni..."perempuan bertudung mempersendakan zikir"
 nauzubillah...da la bertudung...memalukan...sebagai seorang yang bertudung...biasalah...anggapan semua orang,kalau orang yang bertudung tu baek2....bak kate mak aq...

aq: mak!abg ade awek......
mak:pakai tudung x?
aq:x!
mak: hah??urmh...kalau boleyh,ibu nak yang bertudung...

see??mak aq pown nk menantu yang bertudung...tp kalau bertudung cume nak bergaye buat ape kan?pakai tudung pown,baju sendat pastu ketat mcm sarung lepat.....jd kite kalau nak bertudung mestilah ikut undang2 syarak....pakai yang bersesuaian...jgn suke suki je...

berbalik pada tajok entry kita td...
aq tgk ar video nyer...amat memalukan...seperti orang yang hilang tamadun dan xde akidah....menurut blogger tu,perempuan tu bkn lah islam,mungkin mereka  adalah satu kumpulan geng Salleh Grego Samsa...Geng yang menghina islam..semoga mereka mendapat hidayah dari allah...Aminnnn....

jadilah seorang muslimah y berakhlak...bertudung tu,ade lah identiti seorang wanita islam...jadi,berusahalah menunjukkan bahawa islam itu adalah agama yang suci dan bermartabat...dan tiada tandingan dengan agama2 lain....
BERSAMA KITA MEMELIHARA ISLAM...
semoga dengan perkongsian nie menjadikan kite seorang manusia yang berilmu dan bertamadun...
sekian sahaja............
 terima kasih....

kisah seorang muazin..

selamat pagi....(da pg kan)
                                pagi2 bute aq update blog aq...
                                       urmh....giler kan?xpe la....
                               tp aq ade cerita y nk di kongsi.....
                    bese r...klo org skunk tdw lmbt sbb mcg ngan pkwe or mkwe....
               tp aq??g godek aq punyer blog...
                                      
                             sekarang, aq cerita tentang seorang muazin.........
.Ada seorang pemuda yang tugasnya setiap waktu melaungkan azan di sebuah masjid. Pemuda ini kemudian berpindah ke Amerika dan menyewa hostel di sana. Bermulalah kehidupan barunya sebagai seorang penuntut. Biarpun berpengalaman sebagai muazzin, dia tidak pula cuba untuk meneruskan peranan ini di tempat tinggal barunya.

Suatu hari, pintu biliknya diketuk. Bila dibuka, rupa-rupanya beberapa orang kawan barunya menanti. Mereka mengajak pemuda tersebut untuk bermain bowling. Pada mulanya pemuda itu menolak, namun setelah puas dipujuk, dia pun bersetuju.

hah!!ape y dlm otak korang sume??same2 la kite renung2kan.......
k....da......time to sleep!

                        

Thursday 2 June 2011

1001 cerita pagi2


Have a Beautiful Day
assalammualaikummmmmmmmmmmm!!

selamat pg sume....pgy2 ni kite xbole bangun lambat2..eceyh...(cam xpnh je kan)
(bangun pg,gosok gg,ambik tuala terus mandy,sembyg subuh,bkq fb...tgk2 da tghri....hahah...)
***lagu***
tu lah rutin dak yang xde koje...
tp jap agy kene siap2,kms umah,sidai kaen pastu siap2 g kls...
hurh!!ary ni last kls...
mgu dpn??!dok umah je la...
study,bkq fb,update blog,kms uma..hahaah..
bile nk g melancong ni.....
ade sspw nk ajk x??!
 msty boring...........pastu nek skola....arggg!

haiwan comel duduk 18

cam ni la....klo tgh boring...bkq fb le...xpown....cam kat bwh ni...haha...termenong+tido..kuang2...
bdk2 zmn skunk mne nak men kat luar....ktenye,pns la,kotor la...
hahha...tu la...BUDAK2 ZAMAN SEKARANG!..
k.lar..jmpe esok..daaaaaaaaaaaaaaa!!

haiwan comel duduk 7

Wednesday 1 June 2011

mengumpat!!dosa!

assalammualaikum....

hhahaa...
tjok entry pulpul ary ni ialah........
MENGUMPAT......!
mmg sinonim la pompwn mengumpat tp laki juga tak ketinggalan okey...

sape y xpnh mengmpat kan?

alt

kite kongsi bende ary ni....kite motivasikan dri kite....
syaitan sentiasa akan menghasut anak2 adam sampai kiamat,kerana itulah janji syaitan pada allah...supaya menjadi pengikutnya di dalam neraka jahannam..
jd kita kene waspada dan berusaha untuk mengelakkannye....
amal ma'ruf nahi munkar....




Template by:

Free Blog Templates